42 KELEBIHAN BERSELAWAT KEATAS NABI ﷺAl-Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani Al-Hasani menyatakan kelebihan berselawat ke atas Nabi di dalam kitabnya Al-Safinah al-Qadiriyah.
42 KELEBIHAN BERSELAWAT KEATAS NABI ﷺ
Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani Al-Hasani menyatakan kelebihan berselawat ke atas Nabi di dalam kitabnya Al-Safinah al-Qadiriyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata ” Berselawat kepada nabi Muhammad ﷺ itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Perkara ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar” ;
1. Melaksanakan perintah Allah s.w.t
2. Bersamaan dengan selawat Allah s.w.t. kepada Rasulullah ﷺ.
3. Mendapat ganjaran 10x selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan ( selawat daripada Allah s.w.t. bererti rahmat.
4. Bersamaan dengan selawat para malaikat.
5. Dikurniakan oleh Allah s.w.t. 10x dari darjat atas setiap satu-satu selawat.
6. Dituliskan oleh malaikat 10x kebaikan atas setiap selawat.
7. Dhapuskan oleh Allah s.w.t. 10x kejahatan atas setiap selawat.
8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah s.w.t.
9. Mendapat syafaat dprd Rasulullah ﷺ.
10. Mendapat keampunan Allah s.w.t. dan akan ditutup segala keaiban.
11. Allah s.w.t. akan menutupi segala dukacita
12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah ﷺ.
13. Mendapat darjat al-sidq (jujur lagi benar).
14. Ditunaikan segala hajat.
15. Selamat sejahtera pada hari kiamat.
16. Allah s.w.t dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.
17. Mendapat khabar gembira daripada Allah s.w.t. dengan balasan syurga.
18. Selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
19. Rasulullah ﷺ akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
22. Tidak akan merasai fakir.
23. Terpelihara dari dihinggapi sifat bakhil.
24. Mendapat kesejahteraaan drpd doa Rasulullah ﷺ.
25. Selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga.
26. Menjauhkan seseorg itu drpd terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan rasulNya atau daripada majlis-majlis lagha (lalai).
27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah s.w.t. apabila disebut “Alhamdulillahirabbil’alamin” di dalam doa, maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ.
28. Selamat melintasi titian sirat al-mustaqim pada hari kiamat.
29. Terpelihara drpd sifat kasar dan gelojoh.
30. Disambut oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
31. Mendapat keberkatan dari Allah.
32. Mendapat kesempurnaan iman.
33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah ﷺ.
34. Mendapat hidayah daripada Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah s.w.t.
35. Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah ﷺ secara langsung.
36. Teguh pendirian dengan kebenaran.
37. Berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah ﷺ keatas diri kita. di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah s.w.t. yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah ﷺ kepada kita.
38. berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah s.w.t.
39. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah s.w.t.
40. Berselawat bereti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t. ke atas Rasulullah ﷺ dan kepada diri sendiri.
41. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah ﷺ dalam jiwanya.
42. Dikurniakan oleh Allah s.w.t. seorang Syeikh dan Murabbi.
Perbanyakkanlah selawat keatas Nabi wahai saudaraku, cintai sunnahnya...dengannya kamu akan memiliki cahaya yang membuka pintu ketauhidan ihsan dan menanggalkan kotoran syirik pada batinmu.
Komentar
Posting Komentar
cantumkan komentar